Followers

Thursday, 10 February 2011

Pelan rumah saya:)


Saya mempunyai impian. Saya mengimpikan dapat membina sebuah rumah sendiri melalui pelan rumah yang dibuat sendiri. Dari kecil sehingga dewasa saya sangat suka melukis pelan rumah. Dari hari ke hari, pelan rumah yang saya lukis semakin menunjukkan kematangan. Walaubagaimanapun, untuk memilikinya saya belum berkemampuan lagi. 
Di atas adalah rajah terbaru rumah impian saya. Memandangkan saya kini sudah berkahwin, dan melalui pengalaman yang saya dapat sejak bersama suami saya, inilah rumah idaman saya yang terbaru. 
Kalau suatu masa dulu saya inginkan rumah idaman yang mempunyai sebuah bilik karaoke, kini tidak lagi. Saya ingin rumah saya tersedia kedai di sebelahnya untuk memudahkan saya dan suami berniaga. 
Memandangkan pelan rumah di atas tidak jelas, maka itu saya telah mewarnakannya untuk membezakan ruang - ruang tertentu. 
Rumah pada rajah di atas akan di bina di atas tanah berkeluasan 60ft X 70ft. Insyaallah jika berkemampuan. 
Saya memerlukan ruang yang luas kerana saya perlukan ruang untuk bercucuk tanam pokok2 buah yang saya suka seperti mangga, jambu air, jambu batu, serai, kunyit, cili dan sayur - sayuran. Tempat yang berwarna biru muda di sebelah kanan adalah open space gardening untuk mengerjakan hobi saya itu. 
Kawasan yang berwarna merah adalah merangkumi ruang bilik tidur. Ada sebuah master bedroom dan dua buah bilik tidur biasa. 
Saya memerlukan ruang yang luas di bahagian dapur. Ini ditunjukkan pada ruang yang berwarna oren. Kawasan dapur yang luas diperlukan untuk memudahkan kerja2 memasak ketika kenduri dan kerja2 membuat kek lapis. 
Ruangan yang berwarna hijau muda di sebelah kiri itu adalah open space sebagai tempat untuk menjemur pakaian, membasuh pakaian dan juga boleh digunakan ruang tersebut sebagai wet kitchen. Di ruang tersebut juga terletaknya dua buah toilet yang ditandai dengan warna biru. Bersebelahan dengan toilet berbentuk kekotak berwarna hijau lumut itu pula adalah pusat kumbahan. Hahaha...
Bathroom berada di sebelah dalam di ruang dapur dengan pintunya menghala ke arah open space gardening. Ruang bathroom ini ditunjukkan dengan warna ungu.  
Car porch pula terletak di ruang yang berwarna coklat. Living room pula ditunjukkan dengan ruangan berwarna pink dan bersebelahan dengan living room itu adalah kedai milik saya dan suami yang ditandai dengan warna kuning. 
Rumah impian saya tidak la saya impikan sebesar banglo Siti Nurhaliza. Tidak juga sekecil reban ayam. Saya cuma perlukan rumah yang selesa untuk didiami. Di mana saya boleh bercucuk tanam apa saja saya mahu. Dengan adanya kedai yang bersebelahan dengan rumah, maka saya dan suami tidak perlu lagi untuk menyewa kedai seumur hidup kami. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails